Wednesday, March 9, 2011

Racun Organik

Cara terbaik melindungi tanaman dari serangan makhluk perosak adalah mengawal atau penyelenggaraan. Sama ada dengan mengguna racun kimia atau organik semburan hendaklah dilakukan dengan mengikut jadual tanpa mengira serangan telah bermula atau belum. Sekiranya tunggu hingga populasi serangga telah membiak baru mau buat semburan dikuatiri akan menjejaskan hasil tanaman dan semburan tidak berkesan.

Di sini saya akan jelaskan cara menyenggara tanaman dengan mengguna bahan bahan organik. Cara untuk penyediaan bahan berkenaan, berikutan senarai jenis serangga perosak ini.

Serangga jenis mengunyah

• Kumbang

• Belalang

• Kupu-kupu

• Ulat Bulu

• Siput

• Lintah Bulan

Serangga jenis menghisap (Pembawa virus dan penyakit)

• Aphis @ Aphid @ kutu Daun

• Koya
• Pianggang

• Teritip (Scaler)

• Kulat Putih

Penyediaan bahan Larutan stok

• 1 liter Air
• 1 Sudu Besar Minyak Masak / minyak sayur
• 1 Sudu besar sabun basuh
• 4 – 6 Ulas bawang putih ( ditumbuk )

Langkah

• Masukkan minyak masak atau minyak sayur dan sabun ke dalam 1 liter air
• Tumbuk 4 – 6 ulas bawang putih dan masukkan ke dalam larutan tadi.
• Setelah dikacau , tapiskan
• Untuk penyemburan : campurkan 1 bahagian Larutan Stok dengan 4 bahagian air.

Bagi serangan serangga jenis mengunyah, campurkan beberapa 2-3 biji cili api/masak (hancurkan ) atau lada hitam (ditumbuk) manakala serangan serangga jenis menghisap, anda perlu campurkan beberapa titis minyak listari (essential oil) atau halia (ditumbuk) atau serbuk kunyit. Bahan ini adalah campuran yang biasa saya nasihatkan kepada kepada suri rumah atau penggemar landskap dalam kuantiti yang sedikit. Selain daripada itu, ekstrak tumbuhan lain bagi tujuan kawalan serangga perosak dalam kuantiti yang besar adalah:

Ekstrak bawang

Kawal penyakit reput antraknos pokok cili serta hawar cili. Hancurkan 50 gm bawang dalam 1 liter air. Tapis dan semburkan pada pokok.

Campuran minyak kayu putih (Tea Tree Mixture)

Untuk mengawal penyakit lecuh. Campur 5 ml minyak kayu putih ke dalam 10-20 liter air. Gunakan dengan cara basahkan tanah di sekeliling pokok (Soil Drenching).

Ekstrak halia

Kawalan penyakit kulapuk. Kisar 20 gm halia dalam 1 liter air. Tapis dan sembur 3 kali seminggu.

Ekstrak daun Neem (semambu)

Untuk kawalan vektor seperti kutu daun, teritip dan lalat putih. Campurkan 2 kg daun Neem yang sudah di tumbuk lumat bersama dengan 30g sabun basuh. Tinggalkan semalaman dan tapis. Setiap 5 liter bahagian dicampurkan dengan 15 liter air dan semburkan ke pokok.

Ekstrak bawang putih

Juga untuk kawalan vektor seperti kutu daun dan teritip serta lalat putih. Campurkan 100 gm bawang putih dicincang dalam 0.5 liter air.
Tambahkan 10 ml minyak masak dan 10 gm sabun. Tinggalkan semalaman dan tapiskan. Untuk semburan, campurkan larutan campuran bersama air dengan nisbah 1:200.

Hakikatnya, bahan yang ada di sekeliling kita amat mudah ditemui dan dengan kos yang rendah, saya percaya penggunaan racun serangga kimia dapat dielakkan. Hasil yang didapati akan lebih baik malah boleh tidak perlu risau akan kesan sampingannya. Paling penting, ia murah, mudah dan senang.


*credit kepada tuan punya artikel kerana petikan ini diambil daripada:- http://wormcasting.wordpress.com/racun-organik/


Tuesday, March 8, 2011

Update projek cili fertigasi...

Anak pokok cili yang berumur 2 minggu setengah pada bulan Januari 2011 yang lepas...






Terkini, pokok cili yang berusia 2 bulan lebih sudah mula berbunga dan berbuah...

Pada masa ini penyediaan pancang kayu / buluh adalah penting untuk mengelakkan pokok / dahan dari patah disebabkan berat / angin / hujan lebat...

Penghuni pokok cili... Ada juge beberapa org kawan memberitahu bahawa ladybird ini mempunyai kebaikan terhadap tanaman... ini kerana serangga ini memakan aphids atau serangga perosak yang lain... tetapi ada juge ladybird yang hanya memakan tumbuhan... Saya pernah terbaca artikel mengenai penanaman secara organik dimana mereka melepaskan banyak ladybird ini pada tanaman mereka...

Kesan penggunaan teh kompos pada pokok jagung...




Penggunaan Teh kompos pada pokok Jagung Taiwan f1 hybrid menunjukkan kesan yang positif...

Pokok2 jagung yang diberi baja AB...

Kedua-dua kumpulan pokok diatas berusia sebulan lebih...

Monday, January 10, 2011

Teh Kompos

Apakah Teh kompos?
Teh kompos adalah lebih kurang versi cecair baja kompos. Ambil baja kompos anda , dan rendam ia di dalam air dan biar campuran selama beberapa jam atau beberapa hari. Kemudian anda tuang cecair melalui penapis, atau melalui bahan yang serupa fabrik untuk mengasingkan pepejal dr kompos tersebut . Hasilnya anda telah berjaya membuat teh kompos.

Teh kompos adalah hebat, kerana ia merupakan baja cecair organik yang mempunyai bnyk organisma-organisma hidup bermanfaat dan dapat meningkatkan struktur / kualiti tanah di mana anda menggunakannya.

Teh kompos boleh mengembalikan organisma-organisma bermanfaat di dalam tanah yang telah mati disebabkan oleh racun perosak atau cuaca panas. Antara organisma-organisma aktif ditemui dalam teh kompos, seperti bakteria, kulat, protozoa , dan nematodes boleh
meningkatkan kadar nutrien dan membantu tumbuh-tumbuhan anda mendapatkan nutrien dengan lebih efisyen dari tanah.


Hasil dari penggunaan teh kompos:-
Video
http://www.youtube.com/watch?v=BXGqJbFZzCo

Peralatan yang diperlukan untuk membuat Teh Kompos (aerasi menggunakan pump akuarium utk mempercepatkan pembiakan mikrob...)
  • satu 5 gallon baldi (lebih kurang 25liter)
  • 1 gallon mature compost / terbaik gunakan vermikompos
  • 1 pam akuarium
  • 4 gallons air tanpa klorin(lebih kurang 18liter). Klorin boleh membunuh mikrob baik. Oleh itu, penggunaan air tanpa klorin adalah sgt penting. Untuk menghilangkan klorin di dalam air, baldi yang di isi air paip berklorin bidiarkan semalaman tanpa menutupnya. Cara lain yang lebih cepat adalah dengan memasang pam akuarium dan biarkan sukurang2nya satu jam / plg baik 2 jam... atau boleh juga digunakan air hujan...
  • 7 kaki + hos akuarium dan penyambung yang boleh membahagi saluran angin kepada beberapa bahagian
  • beberapa batu oksigen (optional)
  • molasses / gula merah tanpa sulfur/ gula dr tebu / lain2 untuk dijadikan makanan mikrob seterusnya meningkatkan pembiakan mikrob...
Cara2 membuat Teh Kompos
1. Sediakan sebuah baldi dengan air dan dicampurkan dengan kompos dengan nisbah 5(air):1(Kompos)... gaulkan sehingga rata...
2. bahagikan hos angin kepada beberapa saluran... lebih baik menggunakan batu oksigen...dan masukkan ke dalam baldi tadi...
3. Masukkan 5 liter molasses / gula merah / gula tebu...
4. pasangkan pump akuarium dan biarkan semalaman
5. teh kompos yang baik tidak berbau busuk tetapi berbau seperti bau di dalam hutan... jika busuk tambahkan sedikit gula merah dan biarkan sehingga bau busuk hilang...
6. kemudian, tapiskan teh kompos untuk mendapatkan airnya... boleh menggunakan napkin, baju2 lama, stokin, lain2... dan tuangkan ke dalam baldi lain...
7.. air teh kompos kemudian dicampur air dengan nisbah 1(teh kompos):10(air) dan siramkan tanaman dr atas (daun) ke bawah... gunakan teh kompos secepat mungkin kerana mikrob akan mula mati selepas oksigen ditanggalkan... elakkan siram pd waktu panas / tgh hari... seelok-eloknya pd waktu pagi / petang...
8. boleh ulang setiap 2 minggu pada tanaman.... selamat mencuba...


Link cara2 mudah membuat Teh Kompos (Bhs Inggeris)
http://www.dep.state.pa.us/dep/deputate/airwaste/wm/recycle/tea/tea1.htm

Sunday, December 12, 2010

Penanaman Cili Fertigasi


Assalammualaikum, projek cili kini diteruskan atas bantuan 2 org rakan yang berminat menanam cili secara fertigasi... beberapa masalah berkaitan tanah sewa telah diselesaikan... kini tanah yg disewa dikurangkn kpd 0.8ekar shj.. dan kami hanya dpt membuat lebih kurang 1000 pkk cili shj... insyallah kami akan membuat yang terbaik..

Thursday, September 3, 2009

CUKA KAYU

Selain dari Air Kitosan yg boleh membantu pkk cili dari segi nutrien dan dari serangan penyakit satu lg produk Organik yg yg boleh membantu adalah Cuka Kayu..


*Cuka kayu memberikan banyak kelebihan kepada pertanian seperti dinyatakan dibawah.

1. Merangsang pertumbuhan pokok dan sayuran.
2. Menguatkan akar dan daun.
3. Menyuburkan tanah.
4. Mengurangkan bau.
5. Menanbah rasa asli kepada hasil pertanian dan juga produk-produk berkaitan.
6. Menghalang pembiakan virus dan penyakit dalam tanah.
7. Menghalang virus dan seranggan perosak untuk memperbaiki keadaan tanah.
8. Menambah kuantiti mikrob yang berguna.
9. Menghalau serangga perosak.
10. Mengelakkan penyakit yang disebabkan oleh bakteria.
11. Menambah baik kualiti buah dan menambah kandungan gula dalam buah.
12. Sebagai pemangkin tumbesaran biji benih.
13. Sebagai bahan tambahan kepada baja kompos.
14. Membantu haiwan ternakan lebih sihat dan melindungi dari penyakit.
15. Menjadikan daging haiwan dan susu lebih berkualiti.

Produk ini diperolehi melalui penyejatan wap dari proses pembakaran kayu segar berkualiti pada ketetapan suhu tinggi yang terkawal. Cuka kayu mengandungi lebih 200 komponen seperti acetik acid, formaldehyde, ethyl-valerate, methanol, nutrient, tar dan banyak lagi. Daripada pengalaman penggunaan cuka kayu di dusun buah-buahan didapati kuantiti buah menjadi lebih banyak sehingga mencapai 70% pertambahan hasil.

*Diambil dr blog http://saifulam-agrofarm.blogspot.com/2009/05/kebenaran-berkenaan-wood-vinegar-cuka.html

Untuk keterangan lanjut sila layari http://cukayu.blogspot.com/

Air Kitosan untuk tanaman

Assalammualaikum semua, Baru nih smbil2 surf laman web Bicara Jutawan... dlm thread cili de sorang mamat nih nickname ikankapi memperkenalkan Baja Air Kitosan.



Dia siap pegi kursus kt siam dan buat xperimen skali kt pokok kundur... mak ai beso gedabak buahnyer...
Ni ha gambo buah labu yg di eksperimen... nk tau lebih lanjut sila gi ke blog beliau... http://airkitosan.blogspot.com