Saturday, January 24, 2009

Penghantaran Peralatan Fertigasi

Didalam pada mse menunggu kerja2 meratakan tanah. Saya dan pak mentua sy attend kursus cili fertigasi di Sg Ramal Dalam Selangor. Seorang dikenakan RM200(fuhh mmg buat duit tol lah hehe). Lepas attend kursus ni lah semangat lg berkobar2 so buat 2k pkk cili fertigasi / setengah ekar.

Ladang Fertigasi En Marzuki di Sg Ramal Dalam Selangor. Cili ngan Timun Jepun... Hebat2!


Cara2 Pemasangan paip fertigasi... nmpk je mudah!

Kami juga memesan barang dr En Marzuki yang mengusahakan pertanian fertigasi/menjual peralatan/dan juga mangadakan kursus fertigasi. Harga tinggi sedikit kerana sy bercadang unutk menggunakan polibeg bersaiz 18x18 dan membeli pump racun sekali.
Peralatan sampai berasingan dengan cocopeat dan sekam padi. (Cocopeat+Sekam Padi=500 guni) 2 kali anto gune lori sederhana besar. (Patah pinggang yeop nk turun cocopeat nih... pergh!) Seelok-eloknya anda yg ingin membeli cocopeat sediakan tempat untuk simpan cocopeat.. alaskn dgn kanvas besar dan ditutup dengan canvas juga... klu boleh lg jgn kene tanah dan air ujan...
Peralatan2 fertigasi lengkap semuanya. Dan diletakkan di dalam stor yang dibina...
*Anda memerlukan bangsal/stor/tmpt teduh untuk tangki baja dan tmpt unutk mengred cili. Tmpt teduh juga diperlukan untuk kerja2 membancuh cocopeat/sekam.(seelok-elok lantai simen yg muat untuk membancuh cocopeat.
*Air dr tangki kalau boleh air sejuk.. Ini kerana air sejuk mengandungi lebih oksigen...dan dapat mengurangkan panas air yg tertinggal di dalam paip nnt.

Gambar barang2 fertigasi yang dihantar dr selangor.


Sambil tue sy juga mengupah org membuat pagar dan tmpat berteduh/stor... duit lg... huk huk

Friday, January 23, 2009

Kerja2 penyediaan ladang tergendala kerana kayu2 pokok besar yang ditebang masih lembab dan masih mempunyai getah.. sekurang-kurangnyer.. memakan mase sehingga 2 bulan untuk betul2 kering dan kemudian dibakar... kami pong tidak mempunyai pengalaman dalam proses2 penyediaan ladang ni.. so klu ikot cina tue de ckp pokok2 x yah tebang gune jer Back Hoe tros tolak... tah le mne satu yg btol... so kmi dinasihatkn supaya menunggu getah pokok kering unutk dibakar dan selepas dibakar brulah ditolak dengan back hoe... diantara masalah2 yg timbul adalah:
1. Hutan yg tebal so kerja2 penerangan amatlah sukar sekali ditambah pula dengan kehadiran pokok2 duri yg bnyk..
2. Pokok2 besar / sederhana besar yg ditebang lambat kering getahnya. (sukar untuk dibakar)
3. Tunggul2 kayu yg besar dan berada dalam tanah. (kerja2 back hoe memakan sehingga 3hari) Klu sehari RM350 darab le 3 hari pe macam? huhu mmg bnyk kuar kos... Itu pn hanya penyediaan ladang lom lg peralatan fertigasi.
4. Kos untuk tractor pulak untuk ratakn tanah sehari RM250 x 2 hari pe mcm sangop..

Setelah pokok2 dibakar kerja2 menolak sisa2 abu/kayu yg terbakar dijalankan. Tanah yang ti rata mesti lah diratakan dahulu...



PENTING DR PENGALAMAN SAYA PENYEDIAAN LADANG AMATLAH PENTING DAN MEMERLUKAN PENGAMATAN YG RAPI...
Antara tips2 untuk penyediaan ladang:
1. Pilih kawasan yg tidak banjir / boleh menakung air.
2. Jika boleh beli pasir (air mudah diserap ke dalam tanah) dan tambak atas tanah yang diratakan(optional) kerja2 jd lebih mudah..(jika tanah projek bekas hutan banat). Ini Boleh meningkatkn kos jika buat skala besar!...
3. Mestilah level..(Sgt penting) Jgn ambil mudah yg ini!! (Sebab ni sy dh kena huhu)
4. Observe selepas hujan lebat tgk2 kalau2 banjir x? Jika banjir buat longkang (sistem perparitan yg simple) disekeliling tapak projek. (Buat awal2 sebelum bentang silvershine ngan susun batu, upah back hoe korek longkang..)
5. Kalau boleh tapak projek berada tinggi sikit dr permukaan bumi...

Sunday, January 4, 2009

Sambung cite lagi, antara faktor2 yg menguatkan lg kami untuk mengusahakan tanah belakang itu sebab ianya berada betul2 kt belakang umah mentua.. ade pokok buluh (akan digunakan utk buat pancang bg support kt pkk cili nnt). Pada mase ni, kerja2 menebas masih diteruskan. Oleh kerana pak mertua ingin sekali bercucuk tanam tanaman lain selain cili dia memberi cadangan supaya menyewa seekar tanah di blakang rumah. Kerja2 menebas seekar tanah x mungkin boleh settle ngan kederat kami sahaja.. kami terpaksa mengupah org menerangkan tapak projek kami...
Tapak pojek yang sedang diterangkan seluas kira2 1 ekar lebih... bersambung