Thursday, September 3, 2009

CUKA KAYU

Selain dari Air Kitosan yg boleh membantu pkk cili dari segi nutrien dan dari serangan penyakit satu lg produk Organik yg yg boleh membantu adalah Cuka Kayu..


*Cuka kayu memberikan banyak kelebihan kepada pertanian seperti dinyatakan dibawah.

1. Merangsang pertumbuhan pokok dan sayuran.
2. Menguatkan akar dan daun.
3. Menyuburkan tanah.
4. Mengurangkan bau.
5. Menanbah rasa asli kepada hasil pertanian dan juga produk-produk berkaitan.
6. Menghalang pembiakan virus dan penyakit dalam tanah.
7. Menghalang virus dan seranggan perosak untuk memperbaiki keadaan tanah.
8. Menambah kuantiti mikrob yang berguna.
9. Menghalau serangga perosak.
10. Mengelakkan penyakit yang disebabkan oleh bakteria.
11. Menambah baik kualiti buah dan menambah kandungan gula dalam buah.
12. Sebagai pemangkin tumbesaran biji benih.
13. Sebagai bahan tambahan kepada baja kompos.
14. Membantu haiwan ternakan lebih sihat dan melindungi dari penyakit.
15. Menjadikan daging haiwan dan susu lebih berkualiti.

Produk ini diperolehi melalui penyejatan wap dari proses pembakaran kayu segar berkualiti pada ketetapan suhu tinggi yang terkawal. Cuka kayu mengandungi lebih 200 komponen seperti acetik acid, formaldehyde, ethyl-valerate, methanol, nutrient, tar dan banyak lagi. Daripada pengalaman penggunaan cuka kayu di dusun buah-buahan didapati kuantiti buah menjadi lebih banyak sehingga mencapai 70% pertambahan hasil.

*Diambil dr blog http://saifulam-agrofarm.blogspot.com/2009/05/kebenaran-berkenaan-wood-vinegar-cuka.html

Untuk keterangan lanjut sila layari http://cukayu.blogspot.com/

Air Kitosan untuk tanaman

Assalammualaikum semua, Baru nih smbil2 surf laman web Bicara Jutawan... dlm thread cili de sorang mamat nih nickname ikankapi memperkenalkan Baja Air Kitosan.



Dia siap pegi kursus kt siam dan buat xperimen skali kt pokok kundur... mak ai beso gedabak buahnyer...
Ni ha gambo buah labu yg di eksperimen... nk tau lebih lanjut sila gi ke blog beliau... http://airkitosan.blogspot.com

Wednesday, July 22, 2009

Hari ke-10 selepas semai


Gambar anak pokok cili yang telah berusia 10hari.

Seelok-eloknya semburkan campuran atonik+racun kulat dan serangga seminggu sekali. Contoh racun kulat previcur n.
Selepas 2 minggu boleh lah campur sedikit dengan baja A+B, ini adalah kerana zat pada peat moss mungkin sudah berkurangan/habis. Pastikan EC tidak melebihi 1.0 takot mati lak anak pokok cili nih. Seelok-eloknya EC0.5 dah mencukupi..

Friday, July 17, 2009

Semai Benih...

Percambahan selalunya berlaku pada hari ke3~5. Gambar2 menunjukkan percambahan tidak akan sekata. Gambar2 ini diambil pada hari ke-5 selepas semai.

Pada 12/07/2009 telah tiba masanya untuk menyemai benih kerana pada saat ini pojek ni dah siap 90%. Kami telah mula membina rumah semaian dengan menggunakan jaring peredup 90%...
Setelah siap rumah semaian kami memulakan kerja2 untuk menyemai anak benih....
Perkakasan yg terlibat...
1. 25 tray semaian
2. anak benih F1 hybrid 568 (taiwan)
3. 1½ guni peat moss / holland peat. (antara medium yang terbaik untuk semai anak benih)
4. Atonik (penggalak hormon untuk pertumbuhan / percambahan akar)
5. Racun kulat previcur n (untuk merawat anak benih dan peat moss) (kelas III)
6. Racun serangga PEGASUS 250 SC (untuk merawat peat moss) (kalu boleh gunakan racun seranggan kelas III/IV (kurang toksik))

Langkah2 yang kami lakukan:
1. Antara perkara2 yang penting ialah memstikan perkakasan yg diguna bersih dan bebas kuman/lain2. Ini dilakukan dengan menyediakan campuran clorox dan rendamkan setiap peralatan yg terlibat. Basuh tangan sehingga bersih.
2. Membuat campuran Atonik dan racun kulat. Sila rujuk label...
3. Rendamkan anak benih ke dalam larutan selama lebih kurang 8 jam. Ini adalah untuk melembutkan benih supaya mudah bercambah. Jika dilihat pada biji benih, bahagian yang tajam ialah tempat percambahan akar manakala yang bulat tu untuk percambahan daun.
4. Mengisi Peat Moss kedalam setiap lubang 25 tray semaian. Padatkan sedikit tapi jangan terlalu padat.
3. Rawat medium tray semaian dengan mencelupkan kedalam air campuran atonik, racun kulat dan racun serangga.(pesticide).
4. Selepas 8 jam toskan biji benih diatas surat khabar. dan biarkan kering.
5. Bolehla mula menyemai anak benih ke dalam tray satu benih/lubang. Anda dinasihatkn supaya menanam anak benih tidak melebihi 0.5cm daripermukaan medium. Jika dalam sangat benih akan lambat cambah.
6. Medium di dalam tray semain perlu sentiasa lembab. Benih akan cepat bercambah apabila medium lembab/berair.
7. Balut tray dengan plastik sampah hitam. (ini untuk mengekalkan kelembapan medium supaya cepat bercambah)
8. Biarkan selama 5 hari. (Anak2 benih selalunya dh bercambah pd hari ke 3~5.)
9. Selepas 5 hari bolehlah dibuka plastik dan siram dengan air bersih atau disiram dengan racun serangga+kulat lagi (optional klu buat lagi bagus).
Ingat! penyediaan anak benih adalah masa paling kritikal dalam menentukan kejayaan. 70% nasib pokok bergantung pada masa ini.

Wednesday, June 10, 2009

Bancuh Cocopeat+Sekam Padi dan Susun Polibeg

Assalammualaikum, Bismillahhirrahmanirrahim.... lame sudah x update blog... bz sgt. Bersyukur kami ke hadrat Illahi kerana memberi kami kudrat dalam persiapan untuk menanam cili fertigasi nih. Oleh kerana kami buat secara part time... kerja2 ni jadi perlahan namun begitu kami tetap mengerah keringat teruskan usaha kami... harap2 semua berjalan lancar Insyallah... Proses penyediaan kini telah mencapai 70%. Pergh bila sampai tahap ni bru tau... xde bende kt dunia nih senang... Betapa susahnye nk jadi petani nih.. memang nk kene btol2 rajin, tabah, mental kene kuat... Bayangknlah nk susun polibeg 18x18 (biasa 16x16) sebanyak 2k lebey satu2 kt atas bata... dulu susun bata pn dh rse cm nk pitam ni kn plak susun polibeg...Itu pon kadang2 upah orang bancuh dan susunkan polibeg. Kami x dapat nk upah org sgt sbb faktor kewangan. Saya berasa amat bersyukur kerana support dr keluarga mentua dan keluarga saya. Yang paling saya terharu ialah jasa ayah saya, dia sanggup berulang dr tasek ke gopeng Isnin~Khamis semata2 nk menjayakn pojek nih... Abah jasa mu x dpt ku balas...Allah SWT tu Maha adil lagi Maha bijaksana..biarlah Dia yg membalas jasamu. Dia merupakan Role model bagi saya selain Nabi Muhammad SAW...

Monday, April 20, 2009

Order Bata Dan Susun Silvershine

Sebanyak 5000biji bata dipesan untuk diletakkan di bawah setiap polibegyang berjumlah 2 ribu lebey. Kerja-kerja pembentangan Silvershine pon dimulakan. Kami juga menggunakan dawai yg bersalut plastik hijau yang dipotong 10" panjang untuk memastikan silvershine tidak bergerak dibawa air / ditiup angin. Kerja2 pembentangan amat sukar dan mengambil masa yang lama kerana terdapat bnyk akar2 kayu tersembul keluar dr tanah dan boleh mengakibatkan Silvershine koyak.

Isteri terchinta sedang mencabut akar2 kayu yang bersepah.. Saya lak tukang bersih akar2 yg telah dicabut/potong. Dah bersih baru bentang Silvershine.

Kerja2 pembentangan diteruskan. Adehh!



Saturday, January 24, 2009

Penghantaran Peralatan Fertigasi

Didalam pada mse menunggu kerja2 meratakan tanah. Saya dan pak mentua sy attend kursus cili fertigasi di Sg Ramal Dalam Selangor. Seorang dikenakan RM200(fuhh mmg buat duit tol lah hehe). Lepas attend kursus ni lah semangat lg berkobar2 so buat 2k pkk cili fertigasi / setengah ekar.

Ladang Fertigasi En Marzuki di Sg Ramal Dalam Selangor. Cili ngan Timun Jepun... Hebat2!


Cara2 Pemasangan paip fertigasi... nmpk je mudah!

Kami juga memesan barang dr En Marzuki yang mengusahakan pertanian fertigasi/menjual peralatan/dan juga mangadakan kursus fertigasi. Harga tinggi sedikit kerana sy bercadang unutk menggunakan polibeg bersaiz 18x18 dan membeli pump racun sekali.
Peralatan sampai berasingan dengan cocopeat dan sekam padi. (Cocopeat+Sekam Padi=500 guni) 2 kali anto gune lori sederhana besar. (Patah pinggang yeop nk turun cocopeat nih... pergh!) Seelok-eloknya anda yg ingin membeli cocopeat sediakan tempat untuk simpan cocopeat.. alaskn dgn kanvas besar dan ditutup dengan canvas juga... klu boleh lg jgn kene tanah dan air ujan...
Peralatan2 fertigasi lengkap semuanya. Dan diletakkan di dalam stor yang dibina...
*Anda memerlukan bangsal/stor/tmpt teduh untuk tangki baja dan tmpt unutk mengred cili. Tmpt teduh juga diperlukan untuk kerja2 membancuh cocopeat/sekam.(seelok-elok lantai simen yg muat untuk membancuh cocopeat.
*Air dr tangki kalau boleh air sejuk.. Ini kerana air sejuk mengandungi lebih oksigen...dan dapat mengurangkan panas air yg tertinggal di dalam paip nnt.

Gambar barang2 fertigasi yang dihantar dr selangor.


Sambil tue sy juga mengupah org membuat pagar dan tmpat berteduh/stor... duit lg... huk huk

Friday, January 23, 2009

Kerja2 penyediaan ladang tergendala kerana kayu2 pokok besar yang ditebang masih lembab dan masih mempunyai getah.. sekurang-kurangnyer.. memakan mase sehingga 2 bulan untuk betul2 kering dan kemudian dibakar... kami pong tidak mempunyai pengalaman dalam proses2 penyediaan ladang ni.. so klu ikot cina tue de ckp pokok2 x yah tebang gune jer Back Hoe tros tolak... tah le mne satu yg btol... so kmi dinasihatkn supaya menunggu getah pokok kering unutk dibakar dan selepas dibakar brulah ditolak dengan back hoe... diantara masalah2 yg timbul adalah:
1. Hutan yg tebal so kerja2 penerangan amatlah sukar sekali ditambah pula dengan kehadiran pokok2 duri yg bnyk..
2. Pokok2 besar / sederhana besar yg ditebang lambat kering getahnya. (sukar untuk dibakar)
3. Tunggul2 kayu yg besar dan berada dalam tanah. (kerja2 back hoe memakan sehingga 3hari) Klu sehari RM350 darab le 3 hari pe macam? huhu mmg bnyk kuar kos... Itu pn hanya penyediaan ladang lom lg peralatan fertigasi.
4. Kos untuk tractor pulak untuk ratakn tanah sehari RM250 x 2 hari pe mcm sangop..

Setelah pokok2 dibakar kerja2 menolak sisa2 abu/kayu yg terbakar dijalankan. Tanah yang ti rata mesti lah diratakan dahulu...



PENTING DR PENGALAMAN SAYA PENYEDIAAN LADANG AMATLAH PENTING DAN MEMERLUKAN PENGAMATAN YG RAPI...
Antara tips2 untuk penyediaan ladang:
1. Pilih kawasan yg tidak banjir / boleh menakung air.
2. Jika boleh beli pasir (air mudah diserap ke dalam tanah) dan tambak atas tanah yang diratakan(optional) kerja2 jd lebih mudah..(jika tanah projek bekas hutan banat). Ini Boleh meningkatkn kos jika buat skala besar!...
3. Mestilah level..(Sgt penting) Jgn ambil mudah yg ini!! (Sebab ni sy dh kena huhu)
4. Observe selepas hujan lebat tgk2 kalau2 banjir x? Jika banjir buat longkang (sistem perparitan yg simple) disekeliling tapak projek. (Buat awal2 sebelum bentang silvershine ngan susun batu, upah back hoe korek longkang..)
5. Kalau boleh tapak projek berada tinggi sikit dr permukaan bumi...

Sunday, January 4, 2009

Sambung cite lagi, antara faktor2 yg menguatkan lg kami untuk mengusahakan tanah belakang itu sebab ianya berada betul2 kt belakang umah mentua.. ade pokok buluh (akan digunakan utk buat pancang bg support kt pkk cili nnt). Pada mase ni, kerja2 menebas masih diteruskan. Oleh kerana pak mertua ingin sekali bercucuk tanam tanaman lain selain cili dia memberi cadangan supaya menyewa seekar tanah di blakang rumah. Kerja2 menebas seekar tanah x mungkin boleh settle ngan kederat kami sahaja.. kami terpaksa mengupah org menerangkan tapak projek kami...
Tapak pojek yang sedang diterangkan seluas kira2 1 ekar lebih... bersambung