Saturday, January 24, 2009

Penghantaran Peralatan Fertigasi

Didalam pada mse menunggu kerja2 meratakan tanah. Saya dan pak mentua sy attend kursus cili fertigasi di Sg Ramal Dalam Selangor. Seorang dikenakan RM200(fuhh mmg buat duit tol lah hehe). Lepas attend kursus ni lah semangat lg berkobar2 so buat 2k pkk cili fertigasi / setengah ekar.

Ladang Fertigasi En Marzuki di Sg Ramal Dalam Selangor. Cili ngan Timun Jepun... Hebat2!


Cara2 Pemasangan paip fertigasi... nmpk je mudah!

Kami juga memesan barang dr En Marzuki yang mengusahakan pertanian fertigasi/menjual peralatan/dan juga mangadakan kursus fertigasi. Harga tinggi sedikit kerana sy bercadang unutk menggunakan polibeg bersaiz 18x18 dan membeli pump racun sekali.
Peralatan sampai berasingan dengan cocopeat dan sekam padi. (Cocopeat+Sekam Padi=500 guni) 2 kali anto gune lori sederhana besar. (Patah pinggang yeop nk turun cocopeat nih... pergh!) Seelok-eloknya anda yg ingin membeli cocopeat sediakan tempat untuk simpan cocopeat.. alaskn dgn kanvas besar dan ditutup dengan canvas juga... klu boleh lg jgn kene tanah dan air ujan...
Peralatan2 fertigasi lengkap semuanya. Dan diletakkan di dalam stor yang dibina...
*Anda memerlukan bangsal/stor/tmpt teduh untuk tangki baja dan tmpt unutk mengred cili. Tmpt teduh juga diperlukan untuk kerja2 membancuh cocopeat/sekam.(seelok-elok lantai simen yg muat untuk membancuh cocopeat.
*Air dr tangki kalau boleh air sejuk.. Ini kerana air sejuk mengandungi lebih oksigen...dan dapat mengurangkan panas air yg tertinggal di dalam paip nnt.

Gambar barang2 fertigasi yang dihantar dr selangor.


Sambil tue sy juga mengupah org membuat pagar dan tmpat berteduh/stor... duit lg... huk huk

No comments:

Post a Comment