Wednesday, July 22, 2009

Hari ke-10 selepas semai


Gambar anak pokok cili yang telah berusia 10hari.

Seelok-eloknya semburkan campuran atonik+racun kulat dan serangga seminggu sekali. Contoh racun kulat previcur n.
Selepas 2 minggu boleh lah campur sedikit dengan baja A+B, ini adalah kerana zat pada peat moss mungkin sudah berkurangan/habis. Pastikan EC tidak melebihi 1.0 takot mati lak anak pokok cili nih. Seelok-eloknya EC0.5 dah mencukupi..

Friday, July 17, 2009

Semai Benih...

Percambahan selalunya berlaku pada hari ke3~5. Gambar2 menunjukkan percambahan tidak akan sekata. Gambar2 ini diambil pada hari ke-5 selepas semai.

Pada 12/07/2009 telah tiba masanya untuk menyemai benih kerana pada saat ini pojek ni dah siap 90%. Kami telah mula membina rumah semaian dengan menggunakan jaring peredup 90%...
Setelah siap rumah semaian kami memulakan kerja2 untuk menyemai anak benih....
Perkakasan yg terlibat...
1. 25 tray semaian
2. anak benih F1 hybrid 568 (taiwan)
3. 1½ guni peat moss / holland peat. (antara medium yang terbaik untuk semai anak benih)
4. Atonik (penggalak hormon untuk pertumbuhan / percambahan akar)
5. Racun kulat previcur n (untuk merawat anak benih dan peat moss) (kelas III)
6. Racun serangga PEGASUS 250 SC (untuk merawat peat moss) (kalu boleh gunakan racun seranggan kelas III/IV (kurang toksik))

Langkah2 yang kami lakukan:
1. Antara perkara2 yang penting ialah memstikan perkakasan yg diguna bersih dan bebas kuman/lain2. Ini dilakukan dengan menyediakan campuran clorox dan rendamkan setiap peralatan yg terlibat. Basuh tangan sehingga bersih.
2. Membuat campuran Atonik dan racun kulat. Sila rujuk label...
3. Rendamkan anak benih ke dalam larutan selama lebih kurang 8 jam. Ini adalah untuk melembutkan benih supaya mudah bercambah. Jika dilihat pada biji benih, bahagian yang tajam ialah tempat percambahan akar manakala yang bulat tu untuk percambahan daun.
4. Mengisi Peat Moss kedalam setiap lubang 25 tray semaian. Padatkan sedikit tapi jangan terlalu padat.
3. Rawat medium tray semaian dengan mencelupkan kedalam air campuran atonik, racun kulat dan racun serangga.(pesticide).
4. Selepas 8 jam toskan biji benih diatas surat khabar. dan biarkan kering.
5. Bolehla mula menyemai anak benih ke dalam tray satu benih/lubang. Anda dinasihatkn supaya menanam anak benih tidak melebihi 0.5cm daripermukaan medium. Jika dalam sangat benih akan lambat cambah.
6. Medium di dalam tray semain perlu sentiasa lembab. Benih akan cepat bercambah apabila medium lembab/berair.
7. Balut tray dengan plastik sampah hitam. (ini untuk mengekalkan kelembapan medium supaya cepat bercambah)
8. Biarkan selama 5 hari. (Anak2 benih selalunya dh bercambah pd hari ke 3~5.)
9. Selepas 5 hari bolehlah dibuka plastik dan siram dengan air bersih atau disiram dengan racun serangga+kulat lagi (optional klu buat lagi bagus).
Ingat! penyediaan anak benih adalah masa paling kritikal dalam menentukan kejayaan. 70% nasib pokok bergantung pada masa ini.