Wednesday, March 9, 2011

Racun Organik

Cara terbaik melindungi tanaman dari serangan makhluk perosak adalah mengawal atau penyelenggaraan. Sama ada dengan mengguna racun kimia atau organik semburan hendaklah dilakukan dengan mengikut jadual tanpa mengira serangan telah bermula atau belum. Sekiranya tunggu hingga populasi serangga telah membiak baru mau buat semburan dikuatiri akan menjejaskan hasil tanaman dan semburan tidak berkesan.

Di sini saya akan jelaskan cara menyenggara tanaman dengan mengguna bahan bahan organik. Cara untuk penyediaan bahan berkenaan, berikutan senarai jenis serangga perosak ini.

Serangga jenis mengunyah

• Kumbang

• Belalang

• Kupu-kupu

• Ulat Bulu

• Siput

• Lintah Bulan

Serangga jenis menghisap (Pembawa virus dan penyakit)

• Aphis @ Aphid @ kutu Daun

• Koya
• Pianggang

• Teritip (Scaler)

• Kulat Putih

Penyediaan bahan Larutan stok

• 1 liter Air
• 1 Sudu Besar Minyak Masak / minyak sayur
• 1 Sudu besar sabun basuh
• 4 – 6 Ulas bawang putih ( ditumbuk )

Langkah

• Masukkan minyak masak atau minyak sayur dan sabun ke dalam 1 liter air
• Tumbuk 4 – 6 ulas bawang putih dan masukkan ke dalam larutan tadi.
• Setelah dikacau , tapiskan
• Untuk penyemburan : campurkan 1 bahagian Larutan Stok dengan 4 bahagian air.

Bagi serangan serangga jenis mengunyah, campurkan beberapa 2-3 biji cili api/masak (hancurkan ) atau lada hitam (ditumbuk) manakala serangan serangga jenis menghisap, anda perlu campurkan beberapa titis minyak listari (essential oil) atau halia (ditumbuk) atau serbuk kunyit. Bahan ini adalah campuran yang biasa saya nasihatkan kepada kepada suri rumah atau penggemar landskap dalam kuantiti yang sedikit. Selain daripada itu, ekstrak tumbuhan lain bagi tujuan kawalan serangga perosak dalam kuantiti yang besar adalah:

Ekstrak bawang

Kawal penyakit reput antraknos pokok cili serta hawar cili. Hancurkan 50 gm bawang dalam 1 liter air. Tapis dan semburkan pada pokok.

Campuran minyak kayu putih (Tea Tree Mixture)

Untuk mengawal penyakit lecuh. Campur 5 ml minyak kayu putih ke dalam 10-20 liter air. Gunakan dengan cara basahkan tanah di sekeliling pokok (Soil Drenching).

Ekstrak halia

Kawalan penyakit kulapuk. Kisar 20 gm halia dalam 1 liter air. Tapis dan sembur 3 kali seminggu.

Ekstrak daun Neem (semambu)

Untuk kawalan vektor seperti kutu daun, teritip dan lalat putih. Campurkan 2 kg daun Neem yang sudah di tumbuk lumat bersama dengan 30g sabun basuh. Tinggalkan semalaman dan tapis. Setiap 5 liter bahagian dicampurkan dengan 15 liter air dan semburkan ke pokok.

Ekstrak bawang putih

Juga untuk kawalan vektor seperti kutu daun dan teritip serta lalat putih. Campurkan 100 gm bawang putih dicincang dalam 0.5 liter air.
Tambahkan 10 ml minyak masak dan 10 gm sabun. Tinggalkan semalaman dan tapiskan. Untuk semburan, campurkan larutan campuran bersama air dengan nisbah 1:200.

Hakikatnya, bahan yang ada di sekeliling kita amat mudah ditemui dan dengan kos yang rendah, saya percaya penggunaan racun serangga kimia dapat dielakkan. Hasil yang didapati akan lebih baik malah boleh tidak perlu risau akan kesan sampingannya. Paling penting, ia murah, mudah dan senang.


*credit kepada tuan punya artikel kerana petikan ini diambil daripada:- http://wormcasting.wordpress.com/racun-organik/


No comments:

Post a Comment