Monday, January 10, 2011

Teh Kompos

Apakah Teh kompos?
Teh kompos adalah lebih kurang versi cecair baja kompos. Ambil baja kompos anda , dan rendam ia di dalam air dan biar campuran selama beberapa jam atau beberapa hari. Kemudian anda tuang cecair melalui penapis, atau melalui bahan yang serupa fabrik untuk mengasingkan pepejal dr kompos tersebut . Hasilnya anda telah berjaya membuat teh kompos.

Teh kompos adalah hebat, kerana ia merupakan baja cecair organik yang mempunyai bnyk organisma-organisma hidup bermanfaat dan dapat meningkatkan struktur / kualiti tanah di mana anda menggunakannya.

Teh kompos boleh mengembalikan organisma-organisma bermanfaat di dalam tanah yang telah mati disebabkan oleh racun perosak atau cuaca panas. Antara organisma-organisma aktif ditemui dalam teh kompos, seperti bakteria, kulat, protozoa , dan nematodes boleh
meningkatkan kadar nutrien dan membantu tumbuh-tumbuhan anda mendapatkan nutrien dengan lebih efisyen dari tanah.


Hasil dari penggunaan teh kompos:-
Video
http://www.youtube.com/watch?v=BXGqJbFZzCo

Peralatan yang diperlukan untuk membuat Teh Kompos (aerasi menggunakan pump akuarium utk mempercepatkan pembiakan mikrob...)
  • satu 5 gallon baldi (lebih kurang 25liter)
  • 1 gallon mature compost / terbaik gunakan vermikompos
  • 1 pam akuarium
  • 4 gallons air tanpa klorin(lebih kurang 18liter). Klorin boleh membunuh mikrob baik. Oleh itu, penggunaan air tanpa klorin adalah sgt penting. Untuk menghilangkan klorin di dalam air, baldi yang di isi air paip berklorin bidiarkan semalaman tanpa menutupnya. Cara lain yang lebih cepat adalah dengan memasang pam akuarium dan biarkan sukurang2nya satu jam / plg baik 2 jam... atau boleh juga digunakan air hujan...
  • 7 kaki + hos akuarium dan penyambung yang boleh membahagi saluran angin kepada beberapa bahagian
  • beberapa batu oksigen (optional)
  • molasses / gula merah tanpa sulfur/ gula dr tebu / lain2 untuk dijadikan makanan mikrob seterusnya meningkatkan pembiakan mikrob...
Cara2 membuat Teh Kompos
1. Sediakan sebuah baldi dengan air dan dicampurkan dengan kompos dengan nisbah 5(air):1(Kompos)... gaulkan sehingga rata...
2. bahagikan hos angin kepada beberapa saluran... lebih baik menggunakan batu oksigen...dan masukkan ke dalam baldi tadi...
3. Masukkan 5 liter molasses / gula merah / gula tebu...
4. pasangkan pump akuarium dan biarkan semalaman
5. teh kompos yang baik tidak berbau busuk tetapi berbau seperti bau di dalam hutan... jika busuk tambahkan sedikit gula merah dan biarkan sehingga bau busuk hilang...
6. kemudian, tapiskan teh kompos untuk mendapatkan airnya... boleh menggunakan napkin, baju2 lama, stokin, lain2... dan tuangkan ke dalam baldi lain...
7.. air teh kompos kemudian dicampur air dengan nisbah 1(teh kompos):10(air) dan siramkan tanaman dr atas (daun) ke bawah... gunakan teh kompos secepat mungkin kerana mikrob akan mula mati selepas oksigen ditanggalkan... elakkan siram pd waktu panas / tgh hari... seelok-eloknya pd waktu pagi / petang...
8. boleh ulang setiap 2 minggu pada tanaman.... selamat mencuba...


Link cara2 mudah membuat Teh Kompos (Bhs Inggeris)
http://www.dep.state.pa.us/dep/deputate/airwaste/wm/recycle/tea/tea1.htm